PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan menubuhkan Skuad D'uat (para pendakwah) Siber dalam masa terdekat yang akan bertanggungjawab memberi penjelasan terhadap penulisan warganet yang mempersendakan Islam di media sosial, kata Yang Dipertuanya Nasrudin Hassan.
Tanpa meletakkan had umur, beliau berkata individu yang berilmu agama dan mempunyai kemahiran serta karakter sebagai pendakwah akan diberi keutamaan untuk dipilih sebagai anggota skuad di bawah seliaan yayasan itu.
"Idea untuk tubuhkan Skuad D'uat Siber ini timbul apabila saya lihat ada setengah individu yang ada 'kemahiran' untuk menjawab komen netizen (warganet) di media sosial dengan cara yang betul.
"Jadi Yadim akan kumpulkan mereka dalam satu pasukan untuk mainkan peranan menjawab komen persenda Islam dengan menggunakan pendekatan betul dan berhemah untuk elak pergaduhan," katanya pada sidang media selepas Majlis Penghargaan dan Ramah Mesra Yadim Bersama Rakan Media di sini hari ini.
Ditubuhkan pada 1974, Yadim bertanggungjawab menyelaras aktiviti dakwah Islamiah menerusi pendekatan sosial serta melahirkan pendakwah Islam yang berpengetahuan dan berkemahiran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan bercakap kepada pemberita ketika sidang media pada majlis penghargaan dan ramah mesra YADIM bersama rakan media hari ini. - Foto BERNAMA
Kementerian Komunikasi tidak keluarkan peraturan bagi panggilan dan teks WhatsApp
Kementerian Komunikasi tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan peraturan komunikasi baharu bagi panggilan dan teks WhatsApp.
Dia salah pintu... nak hantar memorandum cari tempat betul - Loke
"Kalau nak hantar memorandum bantahan tak sepatutnya pergi Kementerian Pengangkutan," kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengenai bantahan di depan MOT di Putrajaya pagi tadi.
Katanya, MOT hanya mengawal selia MAHB dan tidak terbabit dengan hal pegangan saham. #AWANInews
Katanya, MOT hanya mengawal selia MAHB dan tidak terbabit dengan hal pegangan saham. #AWANInews
Penganggur dipenjara enam bulan, muat naik komen jelik terhadap Nabi Muhammad
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan atas tiga pertuduhan memuat naik komen jelik terhadap Nabi Muhammad SAW menerusi akaun Facebooknya.
Tentera Israel serbu Hospital Al-Awda di Jabalia, paksa kakitangan perubatan tinggalkan premis
Kakitangan perubatan dipaksa meninggalkan premis ke arah barat Bandar Gaza selepas seorang daripada mereka ditangkap tentera Israel.
Kadar air domestik Pulau Pinang rasional- PBAPP
PBAPP menjelaskan bahawa kadar air domestik di negeri ini masih rasional dan munasabah meskipun tarif telah dinaikkan bermula tahun ini.
Kerajaan belum tetap tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel
Kerajaan belum menetapkan tarikh sebenar pelaksanaan penyasaran subsidi diesel meskipun secara prinsipnya ia akan dilaksanakan pada tahun ini.
MOT minta Prasarana bincang dengan PBT, selenggara pokok berisiko
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke minta Prasarana berbincang dengan PBT agar penyelenggaraan dibuat sepanjang masa di kawasan berisiko terutama pokok-pokok besar yang berdekatan dengan laluan tren.
[TERKINI] Resit hina Islam: Empat individu ditahan bantu siasatan
Polis menahan empat individu bagi membantu siasatan berhubung hantaran tular sekeping resit makanan sebuah premis perniagaan di Pulau Pinang baru-baru ini yang berbaur provokasi dan mempersenda Islam.
CCTV dipercayai rakaman insiden Faisal Halim disimbah asid tular
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai kejadian simbah asid yang dilakukan suspek terhadap pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, 5 Mei lalu, tular dalam media sosial.
Pesta Aloha: Pemilik Summer Bay Resort dikompaun RM25,000
Pemilik Summer Bay Resort dikompaun sebanyak RM25,000 susulan penganjuran Pesta Aloha yang menimbulkan kontroversi di Pulau Lang Tengah, Isnin lalu.
YADIM main peranan beri kefahaman agenda Malaysia MADANI - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata, YADIM perlu melipat-gandakan usaha untuk menyebarkan nilai-nilai rahmah dan kasih sayang dalam masyarakat.
Tiga beradik buta usahakan kraftangan, bantal kekabu
Warga emas tiga beradik OKU penglihatan usahakan kraftangan dan bantal kekabu untuk kelangsungan hidup.
Miss Plus World tetap diadakan, penganjur perlu tepati janji
YADIM tetap mengambil pendirian dan keputusan membantah Miss Plus World sekiranya ia diteruskan dan masih menyerupai ala pertandingan ratu cantik wanita.
Santuni asnaf, jangan sampai ada yang tercicir - YADIM
Katanya terdapat aduan yang diterima dari beberapa individu yang mendakwa tercicir dari senarai penerima.
Menteri Hal Ehwal Agama turun padang bantu pelajar IPT terkandas
Dalam ciapannya di Twitter, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata satu penyelarasan akan dibuat antara agensi agama di bawah kendaliannya.
Multaqa Ulama Asia Tenggara medium penyelesaian cabaran umat Islam
Jelasnya, dengan menyalahkan orang lain, ia tidak akan menyedarkan umat Islam itu sendiri untuk menentukan keselamatan dan kemakmuran.
Nik Omar mulakan tugas sebagai YDP YADIM
Pelantikan Nik Omar dan Zolkharnain diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa pada 14 Dis lepas.
Perangi Zionis guna media sosial - Yadim
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyeru orang ramai khususnya umat Islam supaya menggunakan media sosial sebagai platform membantu memerangi keganasan rejim Israel terhadap Palestin.